CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 22, 2010

MAULIDUR RASUL KOLEJ KEDIAMAN DAYASARI

Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Kepada warga kolej, anda dijemput bersama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Balai Islam Kolej Kediaman Kelima bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik kepada seluruh warga kolej khususnya dan seluruh umat Islam amnya.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti sepanjang sambutan Maulidur Rasul!!!!
Pameran dan Tayangan Multimedia
Tarikh : 22,23 & 24 Februari 2010 (Isnin , Selasa & Rabu)
Masa : 5.30-7.00 petang
Tempat : Lobi
Tarikh : 23 Februari 2010 (Selasa)
Tempat : Dataran Kolej Kediaman Dayasari
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam - Ceramah sempena maulidur rasul & solat Isyak berjemaah
9.45 malam - Jamuan ringan
Mari datang beramai-ramai dan menambah pelbagai ilmu!!!

Thursday, February 18, 2010

Rimba Ilmu

Beriadah di tasik varsiti mungkin perkara biasa bagi sesetengah warga Universiti Malaya, tetapi sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Universiti Malaya menawarkan pengalaman riadah yang asyik dan pasti tidak dapat dilupakan.
Baru-baru ini, penulis berpeluang meluangkan waktu hujung minggu beriadah bersama-sama rakan-rakan seangkatan bawah Unit Sahabat Balai Islam. Kami ke sana dengan matlamat yang satu.
Penulis meletakkan harapan tinggi untuk menghirup udara segar disamping mendengar kicauan unggas di rimba yang penuh kedamaian.
Penulis amat bertuah kerana pada hari tersebut seorang pegawai daripada World Wild Foundation (WWF) hadir bagi berkongsi maklumat tentang flora dan fauna yang terdapat di Rimba Ilmu.
Taman botani seluas 80 hektar menempatkan 1600 spesies tumbuh-tumbuhan berlabel yang datangnya dari Malaysia. Australia, Amerika, Afrika, Madagaskar dan negara asia yang lain. Tiga jam berada di taman botani masih belum puas meneroka dan menikmati alam ciptaan Ilahi.
Di taman botani yang diuruskan secara saintifik, kami berkesempatan melihat beberapa spesies burung seperti helang ,raja udang dan merbah. Kami juga difahamkan terdapat hampir 90 species burung yang pernah direkodkan. Ketika bersiar-siar disini, perlu berjaga-jaga kerana bimbang tergelincir berjalan di atas kawasan berlumut.
Melalui pintu belakang di Kolej Kediaman Kelima yang suatu masa dulu pernah menjadi pintu utama ke Rimba Ilmu, perjalanan hanya mengambil masa 10 minit ke pejabat Rimba Ilmu. Sewaktu dalam sesi riadah, kami berkesempatan bertemu dengan beberapa orang pelancong asing yang sedang asyik mengambil gambar. Penggunaan label dwibahasa antara keprihatinan dan kelebihan taman botani ini.
Perasaan teruja semakin membuak-buak apabila kami berkunjung ke pusat pameran yang terdapat di pejabat Rimba Ilmu. Kami juga berkesempatan melihat secara dekat tumbuhan yang hampir pupus. Bergambar menjadi acara wajib apabila sampai disini.
Sungguh mengujakan berada di taman botani yang berada ditengah-tengah hiruk-pikuk kota raya. Hanya dengan bayaran RM2 sahaja kami telah mendapat pengalaman yang sangat berharga. Kami pulang dengan penuh kegembiraan.












Info
Waktu Pembukaan
Isnin – Jumaat : 9.00 pagi-4.00 petang
Tutup pada Ahad, Sabtu ketiga setiap bulan dan hari kelepasan umum Wilayah Persekutuan.
Bayaran masuk
RM 2 untuk Pelajar/kanak-kanak dan RM 4 untuk Dewasa

Sunday, February 7, 2010

GAMBAR KACAU BUBUR ASSYURA......

Assalamualaikum.........

Setelah berusaha mencari, akhirnya dapat beberapa keping gambar untuk kacau bubur asy syura. Ini saya abadikan gambar kenangan kepada anda.........