CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 15, 2010

SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN

"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada disisi ALLAH adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal,"
(As-Syura:36)



RALAT: tempat berpindah ke surau Nurul Hidayah, KK5. Makanan,minuman dan cenderahati disediakan. InsyaALLAH.. Semua dijemput mengimarahkan majlis..
Kita merancang,ALLAH juga merancang. dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang.
Harap maklum

Monday, April 5, 2010

Kesyahidan Al-Banna

Salam..

sedikit perkongsian dari ust halim

Pada tarikh 12.2.2010, genap 61 tahun syahidnya Imam Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi Islam paling berpengaruh di dunia pada hari ini. Ketika dibunuh beliau berumur semuda 43 tahun , namun asas Fikrah dan Manhaj perjuangan Islam yang beliau asaskan berjaya mengumpul 3-4 juta rakyat Mesir ketika itu dan hingga ke hari ini terus tertanam kukuh dan berkembang pesat mengharungi cabaran sepanjang zaman dan mengatasi brbagai tentangan Kini gerakan Ikhwan Muslimin terdapat dalam lebih dari 100 buah negara di dunia, menyumbang bakti kepada umat Islam dengan penuh kasih sayang disamping ia tegas dan penuh berani mempertahankan umat dari serangan-serangan sengit musuh Islam diberbagai aspek budaya sosial, ekonomi, politik maupun ketenteraan..




Foto Imam Hasan Al-Banna yang terakhir ketika mengimamkan solat Maghrib di markaz pertubuhan Syubban Muslimin, Jalan Ramses, Kaherah. Ketika itu kesemua anggota Ikhwan Muslimin yang berpengaruh telah dipenjarakan, kecuali beliau seorang kerana dia menjadi sasaran untuk dibunuh. Ketika beliau keluar dari markaz ini, beliau ditembak di tepi Jaan Ramses dan meninggal dunia syahid di Hospital Qasr Aini, Kaherah lantaran arahan pihak atasan agar beliau dibiar bersendirian tanpa rawatan sehingga menghembuskan nafas terakhir


Diantara ciri-ciri keistimewaan dakwah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna ialah :

1.Menanam fikrah atau kefahaman Islam yang sahih bersumberkan ilmu dari Al-Quran dan As-Sunnah. Tarbiyah adalah perkara yang terpenting dalam dakwah Ikhwan Muslimin. Dengan ini jalan Dakwahnya jelas, landasannya terang dari awal hingga ke akhir, anggotanya berkualiti dan teguh, sukar untuk menyimpang dari agenda Islam sendiri yang sahih hingga terpaksa mengikut agenda-agenda pihak lain.

2.Syumul dakwah Ikhwan Muslimin sama seperti syumulnya Islam itu sendiri, tidak mengabaikan mana-mana aspek pun samada diaspek ruh, jasad maupun aqal. Dakwahnya juga menggarap semua aspek dan aktiviti ilmiah, riadhah, ekonomi, ikatan ruhani, kebajikan, politik, organisasi dan sebagainya.

3.Dakwah yang berpijak dialam nyata, menggunakan segala wasilah (cara) terkini dalam menyampaikan Islam yang sahih kepada masyarakat, menekankan pembinaan ilmu dan akhlak ahli, mengutamakan kerja yang praktikal lagi produktif berbanding teori dan perdebatan, kesatuan berbanding perpecahan dalam menggembeling tenaga ummah berhadapan dengan cabaran manusia dan zaman.

4.Pergerakan dan fasa Dakwahnya sentiasa serasi dengan Sunnah Allah swt terhadap perjalanan alam dan penciptaanNya. Oleh kerana itu usaha Dakwah ini dibuat sangat bersungguh-sungguh tetapi meyakini perubahan di dalam masyarakat yang akan berlaku adalah dengan beransur-ansur, tidak memilih corak keganasan atau mengangkat senjata, tetapi menumpu kearah mendidik jiwa dan menanam keyakinan kedalam hati dan akal orang ramai sehingga jelas kepada mereka akan Islam dan tuntutannya ke atas mereka untuk turut beramal dan memperjuangkannya. Matlamat Islam zaman kini dicapai bukan sekadar berjaya mencari laluan ke Parlimen semata-mata seperti yang difahami ramai pejuang nasionalis maupun islamis, bahkan ia lebih besar dari itu iaitu dengan membina generasi baru Islam yang memiliki keperibadian Islam sejati, membina keluarga Islam yang kukuh, membentuk masyarakat Islam yang peka dan bersedia memikul tanggungjawab menyebarkan Dakwah ke seluruh alam. Mereka inilah yang memilih, melahir dan merealisasikan Kerajaan Islam dan Negara Islam yang dicita-cita oleh Islam.

Isu Nasionalisme & semangat cintakan bangsa :


Fikrah Islam yang dibawa Hasan Al-Banna juga mampu meletakkan semangat bangsa dan cinta tanahair ke landasannya yang sebenar. “Wahai Ikhwan sekelian. Sungguh ini merupakan nikmat yang besar dan kegembiraan yang melebihi kata-kata dan keterangan apabila Ikhwan berhimpun dan berkasih sayang di jalan Allah taala, datang dari berbagai negeri, tempat-tempat yang berjauhan, berhimpun di tempat yang satu. Bukan ikatan saudara mara, kaum kerabat, keturunan, hubungan perkahwinan, kepentingan kebendaan atau keduniaan yang menghimpunkan mereka.

Akan tetapi yang menghimpunkan ialah kasih sayang dijalan Allah, bertemu keranaNya, bekerja untukNya. Terimalah khabar gembira wahai Ikhwah Akhawat dimana saya berharap kita termasuk mereka yang menyambut seruan Allah hari dimana Dia menyeru “Dimanakah mereka yang berkasih sayang keranaKu, dimanakah mereka yang saling ziarah menziarah keranaKu, dimanakah mereka yang duduk bersama keranaKu ? Pada hari ini Aku menaungi mereka dengan keagunganKu iaitu hari yang tiada sebarang naungan selain naunganKu”. Sungguh kamu telah menerima undangan, segera datang, berhimpun di perhimpunan yang meriah ini, tatkala kita melihat banyak perhimpunan-perhimpunan lain berlaku kemudian ia habis begitu sahaja, diulangi berulang kali namun ia tetap tidak membuahkan apa-apa lantaran berlakunya perpecahan hati dan terdapat perbezaan hawa dan selera.

Adapun perhimpunan ini, ia mengesahkan kesatuan hati-hati kamu, pertautan ruh-ruh kamu, keteguhan ikatan kamu. Mudah-mudahan Allah menjaga dan menjadikannya ikhlas demi mencari wajah dan keredhaanNya”. [Hasan Al-Banna 11 Zulhijjah 1353H]


al-kandahlawi
baitulhikmah

Saturday, April 3, 2010

My experience with kebatim..

Assalamualaikum wbt.

Disini penulis ingin berkongsi pengalaman sebagai kakak angkat kepada anak2 yatim anjuran KEBATIM pada 5-7 march yang lepas. Awalnya, pnulis tak pun mendaftar untuk jadi kak angkat kepada adik2 ni sebab ada urusan lain yang belum setle. Tapi, sebab seorang kak angkat dah tarik diri pada last minute, pengarah kebatim@ course mate penlis pun pujuk untuk join program tu. Frankly speaking, hati pnulis berat juga nak terima atas sebab2 ni

  1. bilik yang sempit. Takut adik n rumate x selesa
  2. lab report, belanjawan balai, etc x settle lagi
  3. pnulis anak bongsu. So x tau camne nak handle adik2 yang muda remaja ni

Tapi, atas tanggunjawab seorang muslim pnulis terima juga. And Alhamdulillah, sebab2 diatas dapat diatasi.

Antara pengalaman yang menarik ialah time lawatan to Petrosains at KLCC. Actually, penulis terpisah dgn adik angkat yang bernama Fatihah tu sepanjang ada dalam P.sains sebab kami berpecah ikut umur. So abang kakak yang tua2 ni terkebelakang lah.. Bile dah keluar P.sains baru jumpa balik dengan adik2 ni. Macam jejak kasih.. Kami pun pergi lah cari surau n solat zuhur. Bila nak balik ke bas tu lah, Fatihah n the geng hilang!! Sekejap je pusing kepala diorang dah tak ade. Punyalah sebagai seorang yg rasa diriya kakak yg tak baik, penulis pun ke hulu hilir mencari adik2 umpama Siti Hajar mencari air minuman untuk puteranya Nabi Ismail. Rupa-rupanya adik2 ni pergi beli ayam goreng and air coke!!. Sabar je lah.. Susah rupanya ada adik ni ye. Lepas tu, kami terus carik AJK kebatim yg lain sebab dah terlambat dari yang sepatutnya. Kesian Aiza, adik angkat kak Zati yang kempunan nak beli ice cream tapi dah tak sempat. Sampai je dalam bas semua orang kepenatan lalu kami pun tidur sepanjang perjalanan.Fatihah tidur dgn tangan berminyak akibat makan ayam goreng tadi..

Next day, adik2 ni dibawa area 5th, API, P.sukan dan Asasi untuk game Mock War which is ala2 explorace. Penat semalam yang x hilang lagi menyebabkan ramai adik2 yang x semangat.. Fatihah from the beginning asyik marah2 je dekat team die sebab sume orang jalan lintang pukang. Fatihah2x.. tapi fatihah ni adik yang baik. Though die ni panas baran siket tapi die menurut kata. Dah besar nanti nak jadi polis traffic maybe sebb tu die geram tgok macam tu kot. Selepas berhempas pulas ke setiap checkpoint akhirnya group adik penulis berjaya menggondol tempat pertama.. tapi dari belakang. Kesian adik2 ni.. lenguh kaki jalan merata. Tapi dapat jugaklah no 3..

Tengah hari itu ialah majlis penutupan KEBATIM selepas 3 hari berprogram. Semua adik2 dari Rumah Barkat, Johor lengkap berpakaian hijau. Antara part yang saya penulis sedih ialah apabila adik2 ni menyanyi lagu khas untuk kami. liriknya sgt sedih.. Petang itu, kami abg n kak angkat hantar adik2 ke bus. Diorang rilex jer tak menangis. Kami je yg menangis lelebih! Hehe.. Tapi antara moment yg tak boleh lupa ialah apabila bercakap dengan adik yang namanya baim. Baim x sihat so die x boleh join xplorace. Masa duduk2 dengan baim ni dia asyik pandang je muka penulis.. Tak sanggup nak balas balik sebab rase kesian sgt dekat die. Rase nak menitis je air mata ni tapi nasib baik dapat control macho lagi..

Bawah ni ade beberapa gambar semasa Kebatim dijalankan.


Adik2 boys. Yg nampak gg tu Syed Ali. Becok!

Adik baju coklat tu adik angkat kak zati, Aiza. Yg baju putih tu vinod.


kak zati and adik2 yg peace memanjang

penulis beersama adik2


Ni Sabrina, geram tgok pipi die macam kuih pau tu.
Kesian dia selalu jadi mangsa cubitan pipi penulis.


Ni lah fatihah. Ayah fatihah meninggal waktu
Fatihah 8 tahun due to kanser otak.


Kepada sahabat2 yg x sempat nak jd kak n abang angkat, ambillah peluang ni kalu dapat dan sumbangkanlah sesuatu yang kita termampu. Sesungguhnya antara Rasulullah dan orang yang menjaga anak yatim dengan baik samada dari kalngan keluarga atau tidak hanyalah sejarak dua jari di dalam syurga.


Dan ambillah kesempatan untuk mengusap kepala2 mereka kerana sayang. Lantaran Allah akan mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikan satu darjat.


Akhir kalam, ungkaplah rasa syukur kepada ALLAH kerana msih memberi kita nikmat kasih sayang ibu dan ayah. Panjatkanlah doa supaya mereka dalam rahmat ALLAH dan hargailah ibu ayah kita selama hayat kita.. Wassalam