CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 27, 2009

PERUTUSAN PENGERUSI BALAI ISLAM DAYASARI



Assalamualaikum dan salam sejahtera….


Awal mula pertama mula.Saya bersyukur pada ilahi dan redha keatas tanggungjawab yang saya terima ini, iaitu sebagai PRESIDEN BALAI ISLAM. Apabila difikirkan semula,terdapat hikmah disebaliknya. Bagi saya, menjadi PRESIDEN BALAI ISLAM ini merupakan satu platform bagi saya untuk menyebarkan dakwah. Menjadi seorang Daie bukan hanya berceramah dan berdakwah di hadapan orang ramai sahaja, akan tetapi melalui jawatan yang saya terima ini juga saya boleh berdakwah. Dengan melakukan gerak kerja dalam balai islam itu sendiri, ia merupakan salah satu uslub dakwah. Jika nak diikutkan, saya sendiri jarang berceramah di hadapan orang ramai. Walau bagaimana pun, saya bersyukur pada ilahi disebabkan saya dapat juga berdakwah melalui jawatan yang saya terima ini.


Harapan saya pada semua agar dapat bersama – sama kita melakukan gerak kerja yang dilakukan balai islam ini. Terutama pada AHLI JAWATANKUASA BALAI ISLAM itu sendiri, dapatlah sekiranya kita saling bantu membantu antara kita dalam balai islam. Bagi saya, tanpa bantuan anda semua kerja dakwah tidak dapat dijalankan secara luas. Saya menganggap anda semua macam satu keluarga, jadi jangan ada diantara kita satu jurang yang sangat dalam.


Pada tahun 2009/10 ini juga, saya ingin membentuk satu ukhwah yang rapat antara ahli balai islam, agar ia dapat menjadi suatu kenangan yang manis dan sukar dilupakan. Dalam pentadbiran saya sendiri, saya tidak suka terlalu serius. Saya lebih suka cara fleksibel,ada masa untuk serius dan ada masa untuk bergurau. Saya tidak mahu ahli jawatankuasa balai islam ini tension dan tertekan dengan gerak kerja balai islam. Saya hendak anda semua seronok dalam melakukan gerak kerja balai islam ini.


Akhir kata dari saya, bersama – samalah kita bekerjasama untuk menyebarkan dakwah. Kita bergerak secara berkumpulan dan dengan cara berkumpulan inilah kita kuat, disebabkan kita saling bantu membantu.
Wassalam…..

No comments: