CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 4, 2009

TINTA INDAH BUAT AJK IHRAM


Sekalung ucapan tahniah kepada setiap ahli jawatankuasa IHRAM 09 kerana berjaya mengadakan satu iftor perdana dengan lancar lagi baik. Dan sekalung jutaan terima kasih jugak diucapkan oleh Ahli Jawatankuasa Balai Islam Dayasari kerana kesungguhan anda dalam menjayakan majlis berskala besar seperti ini. Serta serantai emas terima kasih diucapkan daripada pihak pengetua dan juga pengurusan kolej kepada anda semua kerana bertungkus lumus dalam mem ‘perfect’ kan majlis Iftor kali ini.

3 hari. Ya, 3 hari. Bukan 3 minggu atau 3 bulan atau 3 tahun. Hanya tiga hari sahaja anda berkesempatan untuk membuat persediaan untuk road to Iftor Perdana. Admin sangat memahami, apabila aktiviti berskala kecil menjadi aktiviti berskala besar bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Tahniah buat anda.

Admin sebenarnya sangat menyelami kesungguhan dan kemanisan setiap gerak kerja ajk Ihram kali ini. Berhadapan dengan situasi yang 50-50 kata pengulas bola sepak, anda bergerak kerja dengan plan yang lebih bersedia. Bersedia dari konteks mampu memanipulasi keadaan dan corak gaya gerak kerja mengikut perubahan tentatif dan protokol. Tahniah buat anda.

Bulan Ramadhan. Ya bulan puasa. Ketika muslim yang lain sudah kelesuan ketika dihujung hari, anda masih lagi bersemangat mengerah keringat dan memerah otak bagi menyelesaikan sebarang keraguan dan masalah yang timbul. Tidak timbul dari seketul darah yang bernama hati, rasa kesal dan putus asa daripada melakukan perkara yang dirancang. Moga Allah menilai anda dengan nilaian tiada tandingan.

Admin sangat terharu. Terharu disebabkan masih lagi terpancar dari sudut mata anda, cahaya kegembiraan ketika berbuka puasa walaupun admin mengetahui bahawa anda semua sangat kepenatan. Masih lagi mampu tersenyum berbuka di tempat VVVIP, berseronok dan bergurau senda. Satu ukhuwah fillah yang tidak ada dlm aktiviti lain. Terima kasih buat anda.

Menghadapi kerenah birokrasi dan kecelaruan pengurusan di peringkat atasan, tidak mematahkan semangat jitu Syabab (pemuda-pemudi) dalam dada setiap daripada anda. Berbanggalah kerana andalah orangnya. Melihat terlampau banyak perubahan ‘last minute’ yang diterima daripada pihat pengurusan, mampu ditangani dengan baik tanpa perasaan berkecamuk dan gelora panas seperti dipermainkan. Bagi anda, itulah proses tarbiyah bagi diri anda. Tarbiyah pengurusan, tarbiyah mentaliti, tarbiyah perasaan, tarbiyah komunikasi dan sebagainya. Semoga redha Allah bersama dengan anda.

Ikhlas hati anda, redhalah kesalahan orang lain kepada anda. Anda tahu apa jalan yang ditempuhi ketika ini, dan berbanggalah dengan redhamu. Semoga redha atas kesalahan orang lain, menjadikan redha Allah bertambah besar. Insyaallah.

Tiada kata yang sempurna dapat diungkap untuk kebaikan anda. Tiada lafaz yang terluah untuk keikhlasan anda. Tiada hadiah yang lebih bermakna mampu diberikan kepada anda. Cuma dapat Admin ungkapkan, jutaan terima kasih diucapkan dan ribuan kemaafan jika pengurusan kami menyusahkan anda. Puluhan puji dan syukur kehadrat ilahi, semoga jalan mu disuluh kebaikan dan hidayah daripada Allah jua. Amiiiiiiiinnnnnnn.

No comments: