CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM........

Bersempena Tahun Baru Hijrah dan sempena Tahun Baru Masihi ini, Kami daripada barisan kepimpinan Balai Islam Kolej Kediaman Kelima mengucapkan Salam Maal Hijrah dan juga selamat tahun Baru kepada semua sekali warga kolej kediaman kelima sekalian.

Menjadi tradisi di sini sempena Maal Hijrah, kami akan mengadakan sambutan Maal Hijrah diperingkat Kolej Kediaman Kelima. Sambutan ini akan diisi dengan aktiviti Kacau Bubur As-Syura. Berikut adalah perincian sambutan tersebut...

Kacau Bubur As-Syura
3hb Januari 2010
Surau Al-Hidayah, Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya.
Bermula Jam 8 pagi.
Semua warga kolej dijemput meraikan kacau Bubur Ini...JOmmmmmmmmmmm!!!!

Daripada kesinambungan Program diatas, satu Mesyuarat bersama Ajk akan diadakan:

30Hb Disember 2009
Surau Al-Hidayah, Kolej Kediaman Kelima
Jam 9 malam.

Semua Ajk dijemput meramaikan lagi agendan kita pada malam ini.
Senarai Semua ajk ada ditampal di Board di Lobi Balai.....Boleh semak nama anda...

SALAM MAAL HIJRAH 1431H....

Thursday, December 24, 2009

MAAL HIJRAH: MOGA UMUR MU SELAMAT

Assalamualaikum wbt......

Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua penghuni Kolej Kediaman Kelima yang beragama Islam. Semoga umur mu yang telah berlalu tidak menjadi fitnah kepadamu kelak diakhirat sana.

Satu sem telah berlalu dan Muhasabah bersama ataupun 'postmortem' untuk Balai Islam Dayasari perlu diadakan bersama AJK Balai Islam Kolej Kediaman Kelima. Mungkin menjadi pencetus idea yang baru dan bernas daripada anda semua hendaknya. Kepada mana-mana insan yang baik budi ingin menyampaikan kritikan + penambahbaikan bolehlah disalurkan kepada bidayasari@gmail.com atau shoutbox kat tepi ni...

Insya Allah, Maal Hijrah ini akan dihiasi dengan program berbentuk pengisian khas untuk semua penghuni Kolej Kediaman Kelima sekalian dan program kacau bubur Asy-syura akan diadakan.

Rutin yang biasa kita buat daripada kecil sampai ke masa sekarang apabila masuknya tahun baru, bertanya "APAKAH AZAM DAN CITA-CITA ANDA TAHUN INI?".

Azam ditahun baru menjadi sinonim dengan Tahun Baru. Mungkin anda sedar atau tidak. Tapi apa-apa sahaja yang dimatlamatkan pada tahun baru ini hendaklah diusahakan agar tercapai.Sempat Editor mencari-cari artikel pasal azam tahun baru. Akhirnya dapat juga. So, harap semua dapat mengambil pengajaran daripada artikel ini yang dikutip daripada saifulsham.com....

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Dalam satu bulan ini kita akan menyambut 3 tahun baru serentak. Kepada sesiapa yang sudah bertekad dan jelas dengan apa yang dimahukannya, bolehlah menggunakan Tahun Baru Hijrah sebagai starting block dan bermula sekarang. Kepada yang azamnya masih kelabu-kelabu asap, jangan bimbang. Minggu depan tahun baru masihi. :) Kepada yang masih belum ada matlamat dan azam, jangan bimbang. Ada sebulan lagi untuk tahun baru Cina. Jadi sempat lagi untuk anda fikir masak-masak apa yang anda mahukan. :)



Ada orang suka menyalahgunakan nama “Azam” dan kemudian mengatakan sia-sia sahaja membuat azam, tak pernahnya jadi. Kata mereka.



Pengalaman saya lain pula. Alhamdulillah, kebanyakan azam saya tercapai, cuma cepat atau lambat sahaja. Dan kadang-kadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Lagipun bukankah Allah sudah berjanji kepada kita, berdoalah dan DIA akan makbulkan. Percayalah dengan yakin dan saya yakin, amat mustahil untuk anda tidak mencapainya, walau apa pun target anda. Cuma sooner or later sahaja.



Motivasi Kejayaan 1:

Azam saya dari kecil lagi nak dapat straight A dalam exam. Exam yang terdekat ketika itu adalah UPSR.



Halangan: Sebab terlalu banyak main dan tidak sedar kenapa perlu belajar betul-betul, saya dan rakan baik saya sekadar dapat 3A sahaja. 3 tahun berturut-turut terpaksa menderita penyakit “panas telinga” kerana peristiwa tersebut.



Akhirnya: Nasib baik saya dan kawan baik saya cepat insaf dan dapat kawan-kawan yang satu kapal-Syazwan kapal ni juga! (kantoi UPSR sebab banyak main). Tiba waktu PMR, kami menebus kembali kejayaan kami.



Faedah Tambahan: Nasib baik juga kantoi UPSR, kalau tidak tak jumpalah saya dengan Syazwan dan tiadalah SaifulSham hari ini. :)



Motivasi Kejayaan 2:

Satu lagi cita-cita saya sejak kecil adalah untuk menulis sebuah buku sebelum saya meninggal dunia. (ini kira Bucket List lah ni)



Halangan: Saya merasakan saya perlu jadi antara orang terkaya di Malaysia supaya saya dapat tulis dan cetak buku dan seterusnya membeli buku-buku tersebut menggunakan duit saya sendiri untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan. (Yalah, kalau saya tak beli siapa nak beli buku tu :p ) Walaupun saya tidak tahu tajuk apa yang saya akan tulis, tetapi saya tahu dengan yakin, memang saya akan tulis sebuah buku juga. (cuma waktu tu saya ingatkan novel)



(Lebih mengharukan, ada juga orang yang beli rupanya. Terima kasey kepada semua! :) )



Perbualan sebenar. Saya juga pernah berbual dengan adik saya mengenai hal ini (dia pun ada cita-cita yang sama), saya target buku pertama saya akan dikeluarkan ketika umur saya dalam 60-65 tahun.



Akhirnya: Kurang dua tahun selepas saya berbual dengan adik saya, buku pertama saya “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Ketika awal-awal kali melihat buku tersebut di rak-rak buku dan di MPH serta POPULAR pun saya sering mengambil gambar buku tersebut di rak. Bukan apa, tak percaya, kot-kot hanya bermimpi. Kalau anda tanya saya ketika saya sekolah dulu sama ada saya terkejut atau tidak jika saya berjaya mencapai cita-cita menulis buku ini 40 tahun lagi awal, sudah tentu saya akan kata “Terkejut Beruklah!”



Ada banyak lagi sebenarnya, nak ada bisnes sendiri, nak ada blog fames, , nak jadi pembahas, nak masuk U, nak masuk TV, nak masuk asrama penuh dll. Ada sesetengahnya yang mengambil masa yang sekejap untuk berjaya, ada yang mengambil masa lama sedikit, tetapi tetap tercapai akhirnya.



Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu mengenai konsep azam ini, cuba anda check balik. Anda sebenarnya berazam ataupun berangan? :)



Bila anda berazam, anda at least buat sedikit tindakan ke arah untuk mencapai azam tersebut. Kalau berangan, hehe… sendiri mau ingatlah. :)



Dan saya tahu ramai orang di luar sana yang takut dan tak yakin dengan konsep azam ini. (Jangan bimbang, ada bukan keseorangan. Syazwan pun begitu. Sebab itu saya faham benar :) ) Sebenarnya, jika anda termasuk dalam golongan ini anda bukan tak yakin dengan konsep azam tapi anda tidak yakin dengan kemampuan anda sendiri untuk mencapainya. Sudah banyak tokoh terkenal memperkatakannya, Azizi Ali sendiri mengatakan ia adalah senjata beliau yang paling “power”, if it doesn’t work with you, there is something wrong with you. Dan dari pengalaman saya berkomunikasi dengan ramai orang yang berjaya dan tidak berjaya, saya akan kata “For sure”. Memang beza langit dan bumi antara cara komunikasi orang berjaya dan orang yang gagal ni… :)



Tips saya jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:



1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya. (orang putih kata Gratitude List, jika perlu bantuan software sila ke GratitudeLog.com)



Ramai orang apabila diminta menyenaraikan kejayaan mereka, mereka akan listkan “Graduasi, Kahwin,blablabla…)

Itu bukan apa yang saya maksudkan! Itu bukan kejayaan, melainkan anda betul2 rasa itu kejayaan bagi anda.

Kejayaan ini tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Kejayaan boleh jadi berjaya tunggang basikal (saya belajar 4 tahun baru boleh), berjaya belajar berenang (saya tanam azam berbelas-belas tahun baru boleh berenang).



Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.



Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.



Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.



2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi. Nah, reframekan diri anda ketika dalam situasi ini dan barulah cuba untuk capai azam anda yang anda rasakan mustahil itu.



Mari kita jadikan post ini sebagai post yang positif dan membina. Kongsi kejayaan-kejayaan anda di ruangan komen. Walaupun anda takut riak, jangan bimbang. Takde riak-riaknya. Ini untuk tujuan motivasi, bukan sahaja untuk memotivasi diri anda, tetapi motivasi diri pembaca lain apabila melihat kejayaan-kejayaan anda (anda boleh tulis banyak kali). Mari kita kongsi. :)

SEKALI LAGI, SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH. SEMOGA UMURMU BERTAMBAH BERKAT UNTUK AGAMA, NEGARA DAN BANGSA.......

Monday, October 26, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Editor mewakili Pimpinan Balai islam 5th mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pengunjung Blog Balai islam 5th. semoga Allah Memudahkan segala urusan dalam menjawab peperiksaan nanti. Insyaallah....

Disini terdapat beberapa tips mengenai amalan hampir kepada peperiksaan. gud luck veryone....

Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih

Friday, October 16, 2009

SEKITAR IHRAM

assalamualaikum semua sekali...

Ini gambar sekitar Ihram yang disumbangkan oleh setiusaha Ihram 09. saksikanlah.











sekitar perasmian Ihram 09.......





















Gambar Sekitar Iftor Perdana










Barisan Tentera Muslim Sekitar Nuzul Al-Quran. Mantop........































Gambar Sekitar Kacau Bubur Lambuk














Sekitar Penutup Ihram 09. Pengarah Yang Paling Gembira. Kuakuakua......

Akhir Sekali, Terima Kasih Kepada Yang Menyokong Dan Menjayakan Program Ihram 09 Kali Ini Sama Ada Secara Langsung Atau Pun Secara Tidak Langsung. Maaf Kami Pinta Sepanjang Program Ihram Ini Berlangsung. Semoga Amalan Yang Dilakukan Dikala Bulan Puasa Dapat Diteruskan Pada Bulan-Bulan Yang Lain. Insyaallah.




p/s: Sheena Mintak sape2 ajk yang masih lagi pegang resit Balai islam atau Ihram, sila serahkan Kepada Sheena (bendahari Balai Islam) sebab Nak tutup Laporan Sem. Harap Maklum. Segera Tau.....

Wednesday, October 7, 2009

Tajdid Iman : Tiga perkara pastikan mukmin terlindung tipu daya syaitan


Takut buat dosa, reda, suka beribadat benteng iman

TIPU daya syaitan dan bisikan hawa nafsu sentiasa mempermainkan kehidupan seorang insan. Setiap saat kedua-duanya bersatu tenaga merancang untuk merobohkan benteng iman di hati manusia.

Namun begitu, tidaklah Allah menyerahkan bulat-bulat diri orang mukmin untuk menjadi hidangan syaitan dan hawa nafsu mereka. Bahkan Allah akan membersih jiwa orang mukmin itu setiap saat hingga mereka kembali kepada-Nya dalam keadaan sebersih-bersihnya.

Apakah tanda Allah menyucikan diri seorang hamba? Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda. Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat. Dipimpin hatinya lalu dia suka beribadat. Tiga perkara ini besar fungsinya untuk memastikan hamba yang beriman tetap terjaga dan terlindung daripada jenayah hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan suci, bersih lagi diredai.

Sesungguhnya musibah akan membentuk tiga karakter manusia iaitu manusia yang memiliki jiwa yang unggul, teruji dan benar cintanya kepada Allah kerana musibah berkait rapat dengan perasaan kejiwaan manusia.

Apakah dia reda dan akur atas kehendak Allah kemudian percaya dengan ganjaran bagi orang yang sabar? Apakah dia menerima musibah itu sebagai hadiah terindah daripada kekasih Yang Maha Mengasihani?

Apakah musibah itu mampu melonjakkan imannya ke tahap lebih tinggi sehingga dia sentiasa meneliti kekurangan diri? Kemudian dia bertanya: "Mengapakah Allah memilih diriku? Apakah dosa yang harus disucikan, bagaimanakah aku harus memperbaiki diri dan amalku?"

Akhirnya, lahir satu keyakinan bahawa Allah akan mengganti musibah itu dengan kebaikan yang akan datang selepasnya. Sesuai dengan firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah, ayat 5)

Kedua ialah jiwa yang memberontak apabila seseorang menerima musibah dengan hati yang berprasangka buruk kepada Allah. Dia berkata: "Tuhan menghinakan aku, menyerahkan aku kepada orang jahat lalu mereka menzalimiku. Tuhan menolak doaku, mencampakkan ibadatku hingga 40 hari, Dia tidak menerima amal salihku. Dia menghukum, menutup pintu langit, menahan rezeki dan mengazabku dengan musibah ini."

Betapa bijaknya syaitan meniupkan penyakit putus harapan yang mematikan jiwa reda seorang hamba. Hal ini bertentangan dengan suruhan Allah kepada orang yang berdosa dalam firman bermaksud: "Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Zumar, ayat 53)

Ketiga, jiwa yang mudah berpaling. Kesetiaan menjadi faktor terpenting dalam perhubungan, seperti seorang hamba mesti membuktikan setianya kepada Allah dalam setiap keadaan. Susah atau senang, sibuk atau lengang, kaya atau miskin, terkenal atau terlupakan, di atas atau di bawah, disanjung atau dijatuhkan.

Bagaimanapun situasi yang terjadi, hubungan hati dengan Allah tetap terjaga. Tidak pernah melupakan Allah saat senang seperti dia mengingati-Nya di kala susah. Tetapi al-Quran merakamkan keadaan orang yang mudah berpaling ketika dilanda musibah dalam hidupnya.

Firman Allah bermaksud: "Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi. Maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." (Surah al-Hajj, ayat 11)

Sudah selayaknya setiap hamba Allah memandang musibah sebagai satu tanda bahawa Allah mahu membersihkan dirinya, memberi jaminan kafarah atas segala dosanya hingga dia bertemu Allah dengan jiwa yang reda lagi diredai.



Tanda kedua Allah menyucikan seorang hamba ialah dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat. Setiap kali berbuat dosa, hati akan terseksa, takut, sedih dan putus asa mengingati kejahatan diri. Di situlah rahmat bagi orang beriman yang melakukan dosa, dia sentiasa ingat untuk bertaubat, merayu dan memohon maaf kepada Allah.

Bagaikan mati hidup semula, begitulah perumpamaan mengenai jiwa orang mukmin yang kembali kepada Allah.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya Kepada Semua Penduduk-Penduduk Kolej Kediaman Kelima. Nasihat Untuk Anda. Hati-Hati Bila Balik Nanti. Kirim Salam Kat Ibu Bapa Masing-Masing Dari Admin.




(duit raye lebih boleh lah bagi kat balai islam :-) )

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENUTUPAN IHRAM 09


DENGAN SUKACITANYA, PIHAK AHLI JAWATANKUASA IHYA' RAMADHAN (IHRAM) MENJEMPUT WARGA KOLEJ KEDIAMAN KELIMA MEMERIAHKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS PENUTUPAN IHRAM KALI INI.BUTIR-BUTIR MAJLIS SEPERTI BERIKUT:

HARI: RABU
TARIKH: 16/09/2009
TEMPAT: SURAU KOLEJ KEDIAMAN KELIMA
MASA: SELEPAS TARAWIH

PIHAK IHRAM DAN JUGA WARGA IKHWAH BALAI ISLAM DAYASARI DAN JUGA PIHAK EDITOR MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN PROGRAM KAMI INI. HARAP SEMUA DAPAT MENERIMA APA YANG KAMI LAKUKAN DISEPANG BULAN RAMADHAN YANG BERKAT INI. SELAMAT MENCARI BERKAT BULAN RAMADHAN DAN SEMOGA DIPERTEMUKAN LAILATULQADAR UNTUK ANDA SEMUA.

Friday, September 4, 2009

TINTA INDAH BUAT AJK IHRAM


Sekalung ucapan tahniah kepada setiap ahli jawatankuasa IHRAM 09 kerana berjaya mengadakan satu iftor perdana dengan lancar lagi baik. Dan sekalung jutaan terima kasih jugak diucapkan oleh Ahli Jawatankuasa Balai Islam Dayasari kerana kesungguhan anda dalam menjayakan majlis berskala besar seperti ini. Serta serantai emas terima kasih diucapkan daripada pihak pengetua dan juga pengurusan kolej kepada anda semua kerana bertungkus lumus dalam mem ‘perfect’ kan majlis Iftor kali ini.

3 hari. Ya, 3 hari. Bukan 3 minggu atau 3 bulan atau 3 tahun. Hanya tiga hari sahaja anda berkesempatan untuk membuat persediaan untuk road to Iftor Perdana. Admin sangat memahami, apabila aktiviti berskala kecil menjadi aktiviti berskala besar bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Tahniah buat anda.

Admin sebenarnya sangat menyelami kesungguhan dan kemanisan setiap gerak kerja ajk Ihram kali ini. Berhadapan dengan situasi yang 50-50 kata pengulas bola sepak, anda bergerak kerja dengan plan yang lebih bersedia. Bersedia dari konteks mampu memanipulasi keadaan dan corak gaya gerak kerja mengikut perubahan tentatif dan protokol. Tahniah buat anda.

Bulan Ramadhan. Ya bulan puasa. Ketika muslim yang lain sudah kelesuan ketika dihujung hari, anda masih lagi bersemangat mengerah keringat dan memerah otak bagi menyelesaikan sebarang keraguan dan masalah yang timbul. Tidak timbul dari seketul darah yang bernama hati, rasa kesal dan putus asa daripada melakukan perkara yang dirancang. Moga Allah menilai anda dengan nilaian tiada tandingan.

Admin sangat terharu. Terharu disebabkan masih lagi terpancar dari sudut mata anda, cahaya kegembiraan ketika berbuka puasa walaupun admin mengetahui bahawa anda semua sangat kepenatan. Masih lagi mampu tersenyum berbuka di tempat VVVIP, berseronok dan bergurau senda. Satu ukhuwah fillah yang tidak ada dlm aktiviti lain. Terima kasih buat anda.

Menghadapi kerenah birokrasi dan kecelaruan pengurusan di peringkat atasan, tidak mematahkan semangat jitu Syabab (pemuda-pemudi) dalam dada setiap daripada anda. Berbanggalah kerana andalah orangnya. Melihat terlampau banyak perubahan ‘last minute’ yang diterima daripada pihat pengurusan, mampu ditangani dengan baik tanpa perasaan berkecamuk dan gelora panas seperti dipermainkan. Bagi anda, itulah proses tarbiyah bagi diri anda. Tarbiyah pengurusan, tarbiyah mentaliti, tarbiyah perasaan, tarbiyah komunikasi dan sebagainya. Semoga redha Allah bersama dengan anda.

Ikhlas hati anda, redhalah kesalahan orang lain kepada anda. Anda tahu apa jalan yang ditempuhi ketika ini, dan berbanggalah dengan redhamu. Semoga redha atas kesalahan orang lain, menjadikan redha Allah bertambah besar. Insyaallah.

Tiada kata yang sempurna dapat diungkap untuk kebaikan anda. Tiada lafaz yang terluah untuk keikhlasan anda. Tiada hadiah yang lebih bermakna mampu diberikan kepada anda. Cuma dapat Admin ungkapkan, jutaan terima kasih diucapkan dan ribuan kemaafan jika pengurusan kami menyusahkan anda. Puluhan puji dan syukur kehadrat ilahi, semoga jalan mu disuluh kebaikan dan hidayah daripada Allah jua. Amiiiiiiiinnnnnnn.

Sunday, August 16, 2009

AKTIVITI IHRAM KALI INI.....

Pengarah: Muhammad Fadzli Wahab

Tarikh: 24 ogos - 16 september 2009


Antara akitiviti Ihram kali ini:

Perasmian IHRAM 09
Sambutan Hari Al-Quds Sedunia (tayangan video)
Berbuka Puasa(Iftor Perdana)
Qiamulail Perdana
Pelancaran Laman Nurani
Kacau Bubur Lambok
Memperingati Nuzul Al Quran
Majlis Khatam Al Quran
Solat Terawih Berjemaah
Moreh
Tadarus AlQuran
Tazkirah Pendek
Penutupan Ihram 09

"RAMADHAN MENJANA PENYATUAN UMMAH"

Monday, August 10, 2009

12 KAEDAH PENYUBURAN IMAN..:)

SALAM CERIA BUAT SEMUA.....
ARTIKEL SUMBANGAN SHAREENA.....



Di bawah ini disenaraikan beberapa langkah untuk meningkatan iman dan menyegarkan kembali komitment kita kepada Islam ; seperti yang disarankan oleh Syeikh Fathi Yakan dalam buku beliau yang berjodol: “Klinik Dakwah “.

Saranan tersebut telah ditokok tambah oleh Ustaz Abdul Hamid al Kibti hingga menjadi 12 agenda. Iaitu:

1.Melaksanakan2 raka’at sunat nawafil ; iaitu 2 sebelum fajar , 4 sebelum zohor dan 2 raka’at selepas zohor, 2 raka’at selepas maghrib, 2 raka’at selepas isya’.

Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan membinakan untuk kita yang terus menerus melaksanakan amalan berkenaan dengan sebuah rumah di syurga..

Dalilnya ialah sabda Rasulullah.S.A.W. :

“من صلَّى في يومٍ اثنتي عشرة سجدة، تطوُّعا، بني له بيتٌ في الجنَّة"
(رواه مسلم)

“Siapa yang menunaikan saban hari 12 raka’at solat sunat secara sukarela nescaya dibinakan untuknya ( oleh Allah) sebuah rumah di syurga.


2 Menunaikan dua raka’at solat sunat tiap malam.

Natijah yang di harapkan ialah: Doa dimakbulkan , dosa terampun dan hajat disempurnakan.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"يتنزَّل ربُّنا تبارك وتعالى كلَّ ليلةٍ إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له" رواه البخاري


”Tuhan kita S. W. T. turun ke langit dunia setiap malam apabila tinggal sepertiga malam. Allah berfirman : Siapakah gerangan yang berdoa kepada Ku untuk aku makbulkan doanya. Siapa pula yang memohon sesuatu untuk Aku berikan permohonannya. Siapa pula yang memohon istighfar kepada Ku untuk Aku ampunkan (dosanya).”


3. Menunaikan solat Dhuha dua, atau empat, atau lapan raka’at.

Natijah yang di harapkan ialah: Terlaksananya penunaian sedekah bagi tiap siku atau sendi sendi tulang belulang kita.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

“يصبح على كلِّ سلامي من أحدكم صدقة، فكلُّ تسبيحه صدقة، وكلُّ تحميده صدقة، وكلُّ تهليله صدقة، وكلُّ تكبيرةٍ صدقة، وأمرٌ بالمعروف صدقة، ونهيٌ عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك، ركعتان يركعهما من الضحى" (رواه مسلم، وروى البخاريُّ جزءاً منه


Setiap siku dan sendi tulang belulang anak Adam wajib dikeluarkan sedekahnya. (Untuk pengetahuan anda ) Setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah , setiap takbir sedekah,amr makruf sedekah, nahi ’anil munkar merupakan sedekah. Namun tanggungjawab mengeluarkan sedekah untuk sendi-sendi itu boleh dijelaskan dengan penunaian dua raka’at sembahyang dhuha.”


4. Mengamalkan bacaan Surah al- Mulk (Tabarak)


Natijah yang di harapkan ialah: Terselamat dari seksa kubur
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"إنَّ سورةً من القرآن ثلاثون آية، شفعت لرجلٍ حتى غُفِر له، وهي "تبارك الذي بيده الملك"" رواه الترمذيُّ وأحمد، وقال الترمذيّ: هذا حديثٌ حسن.

(Dalam al Quran ) terdapat satu surah yang mengandungi tiga puluh ayat . Surah ( dan ayat ) ini akan terus menerus memohon syafaat sehinggalah (pengamalnya) diampunkan (dosanya). Ayat tersebut ialah :

"تبارك الذي بيده الملك""


5. mengamalkan budaya menyebut :


"لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير".

”Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tidak ada sekutu baginya. Allah memiliki kerajaan alam buana dan bagiNya segala tahmid (puji). Allah maha berkuasa berbuat apa sahaja.”

Natijah yang di harapkan ialah: Perbuatan tersebut menyamai pembebasan sepuluh orang hamba, dituliskan untuk pelakunya seratus pahala kebaikan. Dihapuskan untuknya seratus kejahatan dosa. Amalan itujuga menjadi pendinding dari syaitan.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير، في يومٍ مائة مرَّة، كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، ومحيت عنه مائة سيِّئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحدٌ بأفضل ممَّا جاء به، إلا أحدٌ عمل أكثر من ذلك" (رواه مسلم).

”Siapa yang menyebut-nyebut: Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tiada sekutu bagiNya. Segala kerajaan dan pujian untukNya. Dia maha berkuasa untuk berbuat apa sahaja - sebanyak seratus kali maka perbuatan itu ibarat membebaskan sepuluh orang hamba sahaya. Akan dituliskan untuk (pembaca)nya seratus pahala kebaikan dan dihapuskan baginya seratus dosa kejahatan. Bacaan tersebut akan terus menjadi pendidingnya dari (gangguan) syaitan dari pagi hari hinggalah ke petangnya. Tidak ada sesiapa yang boleh menampilkan kebaikan yang lebih afdhal dari itu kecuali orang yang membaca bacaan itu lebih banyak daripadanya.”


6 Membaca selawat Nabi seratus kali.

Natijah yang di harapkan ialah: Tersisihnya diri dari sifat bakhil dan mendapat restu serta rahmat Alllah S.W.T.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"فإنَّه من صلَّى عليَّ صلاةً صلَّى الله عليه بها عشرا" (رواه مسلم). وقوله : "البخيلُ الذي منْ ذُكِرت عنده فلم يصلِّ عليّ" (رواه الترمذيّ، وقال: هذا حديثٌ حسنٌ غريبٌ صحيح ).


“Siapa yang mengucapkan selawat untuk ku dengan satu selawat nescaya dibalas Allah baginya sepuluh restu dan rahmat. (Hadith riwayat Muslim) dan Hadith : “Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila disebut (di hadapannya) nama ku ia sedikitpun tidak berselawat untuk ku.” (riwayat Termizi )


7.Mengamalkan bacaan :

"سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم"

Sebanyak seratus kali .

Natijah yang di harapkan ialah: akan ditanamkan untuknya seratus batang pohon kurma di syurga.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"من قال سبحان الله العظيم وبحمده غُرِست له نخلةٌ في الجنَّة"رواه الترمذيّ، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب.

“Siapa yang menyebut : Maha suci Allah dan segala tahmid bagi Allah yang Maha Agong; nescaya ditanamkan untuk pohon kurma di syurga. (Hadith riwayat Termizi)


8. Menyebut “Istighfar “ seratus kali

Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan hilangkan segala kerunsingannya dan murahkan reskinya.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

"من لزم الاستغفار جعل الله له من كلِّ ضيقٍ مخرجا، ومن كلِّ همٍّ فرجا، ورَزَقه من حيث لا يحتسب"رواه أبو داود وابن ماجه والحاكم بسندٍ صحيح.

“Siapa yang mengamalkan secara berterusan “istighfar” nescaya Allah lepaskan dia dari segala kesulitan, Allah hilangkan kerunsingan hatinya. Allah beri dia rezeki dari sumber yang dia tidak menyangkanya sama sekali. ( Hadith riwayat Abu Daud).


9. Melazimkan diri dengan pembacaan wirid al Quran, satu juz atau satu Hizb.

Natijah yang di harapkan ialah: Dapat meraih kebaikan dan penggandaan pahala serta mendapat ketenangan jiwa.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

" من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف" (رواه الترمذي ). وقال تعالى : " الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ" (الرعد: 28 ) .

“Siapa jua yang membaca satu huruf dari al Quran maka nescaya Allah akan memberikan satu pahala kebaikan dan pahala itu akan digandakan pula menjadi sepuluh kali ganda. Saya tidak maksudkan satu huruf itu ialah ialah perkataan ألم . Tapi sebaliknya Alif dikira satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. Allah berfirman : “Orang yang beriman itu hati mereka akan tenang bila menyebut nama Allah. Memang dengan menyebut nama Allah lah hati-hati (manusia ) akan menjadi tenang. (Surah al –Ra’d :28)


10 Memperuntukkan masa walau sekelumit untuk memanjatkan doa munajat dan rintihan pilu kepada Allah S. W. T. setiap hari.

Natijah yang di harapkan ialah: Untuk meningkatkan kekuatan batin dan rohani yang boleh membantu sesorang menghadapi cabaran hidup, mengukuhkan sandaran diri kepada yang Maha kuat dan gagah , meringankan keresahan jiwa di samping memohon kemantapan langkah dalam perjuangan..

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.:

" أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء " (النمل: 62 ). وقوله سبحانه : "وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ " (البقرة : 186) .

“Siapakah gerangan (selain Allah) yang menyahut seruan orang yang terdesak dan yang dapat menghindarkan mereka dari kecelakaan.” (Surah Al Naml :62)

“ Seandainya para hambaKu bertanya tentangKu (maka katakanlah) Aku ini sangat hampir kepada mereka; Aku sentiasa menyahut seruan orang yang menyeru dan berdoa kepadaKu. Oleh itu hendaklah mereka menyahut panggilanKu dan beriman kepadaKu . Mudah-mudahan (dengan itu) mereka menjadi manusia yang waras.” (Surah al-Baqarah:186)


11. Mengamalkan setiap hari di waktu pagi dan petang bacaan zikir al Ma’thurat.

Natijah yang di harapkan ialah: Untuk menghayati dengan penuh semangat akan segala makna dan nilai-nilai suci yang terkandung dalam seluruh sebutan suci dan mulia yang tertera dalam zikir berkenaan . Ini juga bertujuan untuk memantapkan diri dengan saranan dan arahan mulia yang tersirat dalam bacaan tersebut.

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالإبْكَارِ" (غافر:55) .

Maka bersabarlah ; sesungguhnya janji Allah itu memang benar adanya. (Di samping itu) beristighfarlah (kepada Allah) memohon ampun kepadaNya terhadap dosamu seraya bertasbih dan bertahmid memuji (kebesaran) tuhanmu setiap pagi dan petang. (Ghafir:55)


12.Elakkan bermalas-malas; sebaliknya hiduplah dengan semangat persaudaraan yang positif dan bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik , mantapkan persaudaraan dengan orang lain dengan sopan santun dan budipekerti yang mulia.


Natijah yang di harapkan ialah: dengan semangat pergaulan yang baik itu dapat kita menerapkan buah dari hasil keimanan yang positif dengan berkongsi pengalaman yang baik dan manis dengan orang lain. Jadi penghayatan rohaniah itu dirasakan juga oleh orang lain dan bukan hanya sekadar ulangan sebutan wirid dan zikir di bibir sahaja .

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.

" وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ "(التوبة :71).

“Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ; mereka itu sesama sendiri adalah saling bantu membantu (satu sama lain); mereka saling menyuruh (orang lain) berbuat baik dan saling menegah (orang lain) dari (melakukan) kemunkaran. Mereka menunaikan solat , mengeluarkan zakat, mematuhi Allah dan RasulNya. Golongan itu bakal dirahmati oleh Allah . Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.”

Sabda Rasulullah:

" لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق" . رواه مسلم ، وقال صلى الله عليه وسلم قال: " اتق الله حيثما كنت ، وأَتْبِعِ السَّيئةَ الحسنةَ تَمْحُها ، وخالقِ الناسَ بخُلُقٍ حسنٍ " (رواه الترمذي).

“Jangan anda memandang ringan kepada sesuatu amalan kebaikan , walaupun sekadar bertemu sahabat dengan wajah yang ceria.” (Riwayat Muslim) .

Sabda baginda lagi:

“Bertakwalah kepada Allah di mana jua anda berada, ikuti keburukan dengan perbuatan kebaikan yang boleh menghapuskan (kesan)nya , bergaullah dengan orang ramai dengan akhlak yang baik.” (Riwayat Termizi).

Semoga dengan melaksanakan 12 bentuk amalan ini kita akan lebih dirahmati dan dikasihi oleh Allah Azza Wajalla.
Ya Allah kasihanilah kami dan ampunkan dosa kami dan dosa ibu bapa kami.!

credit to : akh nazmi

yang baik semuanya hikmah dari ALlah,Tuhanku,dan TuhanMu,Pentadbir sekalian alam..

secebis perkongsian


al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

Saturday, August 1, 2009

AKU BENCI BUDAK TUDUNG LABUH...!!!!!!???///

"Aku benci dengan budak tudung labuh.." getus seorang rakan semasa kami sedang menunggu kehadiran penceramah semasa berkursus biro tatanegara di kelantan. "aku benci diorang sebab diorang suka cakap belakang.Aku pernah sound diorang dkt kafe matric. Aku cakap kalu korang tu baik sangat betulkanlah.. tegurlah depan-depan. bukan cakap kat belakang".. kongsi teman saya yang berspek mate itu.. sebagai seorang yg bertudung labuh (tapi bukan bulat), agak tergoncang juga jiwa dan raga mendengarnya.. Apatah lagi datang dari seorang muslim.. saya hanya mampu tersenyum melihat gelagatnya.. Padanlah pada awal kursus dia seakan jauh untuk berkomunikasi dgn saya. sangkaan sy awal perkenalan biasalah mcm tu.. tapi rupanye ade sebab lain.. Namun saye husnudzon shj apbl die cakap begitu..




Mungkin ada benarnya.. Saya pernah menjadi golongan yang bersangka begitu.. bukan maksud untuk memperkecilkan sahabat yang bertudung labuh. Jauh sekali untuk merendahkan.. Namun hanya sekadar perkongsian. Niat untuk melabuhkan tudung hadir apbl berada di matric. Alhamdulillah Allah buka pintu hati setelah sekian lama menghalalkan aurat yang haram ditunjuk.. Tapi apb saya cube rapat dengan golongan ini mereka seakan lebih selesa untuk berada dalam kelompok mereka sendiri.. bergaul, bercampur dan bergelak dalam kalangan komuniti yg bertudung labuh.Seakan tersisih rasenya..

Tapi semua itu saye jadikan pengalaman yg berguna. alhamdulillah hajat untuk bertudung labuh sudah termakbul. Berbalik kpd sahabat ini, sy cube terangkan bukan semua yg bertudung labuh mcm tu.. Namun dia seakan sangsi tapi alhamdulillah bermula pd titik itu, hubungan kami bertambah erat. Saye doakan agar manusia yg saya kasihani ni berjumpa dengan kemanisan dalam menutup aurat.. Dan juga kepada semua wanita yang bergelar muslimah..

Moga diri ini istiqomah dalam menutup aurat..

Friday, July 31, 2009

PROGRAM SAHAM WAKAF




Program saham wakaf membeli Al-Quran Besar dan Rehal Tinggi untuk surau Nurul Hidayah bagi solat sunat tarawikh.....

OBJEKTIF

  1. Menghidupkan amalan wakaf dikalangan anggota..
  2. Memberi peluang kepada orang ramai untk beribadah melalui amalan wakaf tanpa melibatkan harta wakaf yang berbentuk aset kekal.
  3. Mengekalkan dan meluaskan lagi pegangan harta umat islam.
  4. Menggerakkan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan umat islam.
  5. Memupuk sikap kerjasama dan saling membantu untuk mencapai sesuatu yang dihajati bagi kegunaan orang ramai.

TUJUAN

Sebagaimana yang telah diberitahu bahawa program Saham Wakaf ini adalah bertujuan membeli Rehal Tinggi dan juga Al-Quran besar bagi kegunaan imam ketika menunaikan solat Tarawikh berjemaah di surau NurulHidayah KK5.

Setelah dibuat tinjauan harga kedua barang tersebut, mendapati bahawa harga bagi Al-Quran besar tersebut sekitar RM300 manakala Rehal Tinggi tersebut adalah bernilai RM400.

Oleh yang dmekian pihak Balai Islam telah mencadangkan saham wakaf tersebut adalah bernilai 1 unit bersamaan RM5.

MAKLUMAN

Tarikh Mula:30 Julai 2009
Tarikh Tamat: 16 Ogos 2009.
Ketetapan Saham: RM5 per Unit...

Maklumat Lanjut:
Muhd Azazi(019 7447082)

Amirah(013 7147991)

Pembayaran saham wakaf boleh dilakukan di kaunter promo atau boleh membayar terus kepada AJK-AJK Balai Islam ketika di surau atau dibilik mereka.

Ingin diingatkan juga bahawa saham disini bukan bermaksud akan mendapat kembali ganjaran berbentuk wang atau hadiah tetapi Insya'Allah akan menpadat ganjaran yang berkeklan untuk akhirat kelak.

JOM MULAKAN WAKAF ANDA SEKARANG.......

Monday, July 27, 2009

PERUTUSAN PENGERUSI BALAI ISLAM DAYASARI



Assalamualaikum dan salam sejahtera….


Awal mula pertama mula.Saya bersyukur pada ilahi dan redha keatas tanggungjawab yang saya terima ini, iaitu sebagai PRESIDEN BALAI ISLAM. Apabila difikirkan semula,terdapat hikmah disebaliknya. Bagi saya, menjadi PRESIDEN BALAI ISLAM ini merupakan satu platform bagi saya untuk menyebarkan dakwah. Menjadi seorang Daie bukan hanya berceramah dan berdakwah di hadapan orang ramai sahaja, akan tetapi melalui jawatan yang saya terima ini juga saya boleh berdakwah. Dengan melakukan gerak kerja dalam balai islam itu sendiri, ia merupakan salah satu uslub dakwah. Jika nak diikutkan, saya sendiri jarang berceramah di hadapan orang ramai. Walau bagaimana pun, saya bersyukur pada ilahi disebabkan saya dapat juga berdakwah melalui jawatan yang saya terima ini.


Harapan saya pada semua agar dapat bersama – sama kita melakukan gerak kerja yang dilakukan balai islam ini. Terutama pada AHLI JAWATANKUASA BALAI ISLAM itu sendiri, dapatlah sekiranya kita saling bantu membantu antara kita dalam balai islam. Bagi saya, tanpa bantuan anda semua kerja dakwah tidak dapat dijalankan secara luas. Saya menganggap anda semua macam satu keluarga, jadi jangan ada diantara kita satu jurang yang sangat dalam.


Pada tahun 2009/10 ini juga, saya ingin membentuk satu ukhwah yang rapat antara ahli balai islam, agar ia dapat menjadi suatu kenangan yang manis dan sukar dilupakan. Dalam pentadbiran saya sendiri, saya tidak suka terlalu serius. Saya lebih suka cara fleksibel,ada masa untuk serius dan ada masa untuk bergurau. Saya tidak mahu ahli jawatankuasa balai islam ini tension dan tertekan dengan gerak kerja balai islam. Saya hendak anda semua seronok dalam melakukan gerak kerja balai islam ini.


Akhir kata dari saya, bersama – samalah kita bekerjasama untuk menyebarkan dakwah. Kita bergerak secara berkumpulan dan dengan cara berkumpulan inilah kita kuat, disebabkan kita saling bantu membantu.
Wassalam…..

Saturday, July 18, 2009

SEM BARU: SEBUAH PERMULAAN........


Selamat datang kepada semua senior dan junior kolej kediaman kelima...

KEPADA JUNIOR YANG BARU MASUK, DISINI ANDA SEMUA AKAN BERJUANG MENYAMBUNG PELAJARAN DIPERINGKAT YANG LEBIH TINGGI. EDITOR MENGHARAPKAN AGAR ANDA SUCCESS DARI SUDUT FIZIKAL, INTELEKTUAL DAN TIDAK DILUPAKAN KEROHANIAN SEPANJANG ANDA BERADA DISINI. EDITOR MEWAKILI SEMUA PENGERUSAN JKP BALAI ISLAM MENYAMBUT BAIK KEDATANGAN ANDA DISINI. HOPE ANDA SEMUA GEMBIRA BERADA DISINI DAN DAPAT BEKERJASAMA DENGAN BAIK SEPANJANG ANDA SEMUA BERADA DISINI...

KEPADA SENIOR YANG TELAH LAMA BERADA KOLEJ KEDIAMAN KELIMA. EDITOR MENGHARAPKAN ANDA SEMUA MENJADI CONTOH YANG TERBAIK KEPADA ADIK-ADIK JUNIOR KITA. INGATLAH SETIAP GERAK GERI KITA SEBAGAI ABANG DAN KAKAK DIKOLEJ KEDIAMAN INI AKAN DITURUTI OLEH ADIK-ADIK SENIOR KITA. INSYAALLAH, KALAU ANDA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH, ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN KEPADA ANDA DIATAS SETIAP APA YANG ANDA KERJAKAN.

KEPADA SEMUA YANG MEMBACA BLOG MESSENGGER dot DAYASARI, INI ADALAH BLOG RASMI BAGI BALAI ISLAM DAYASARI. EDITOR AKAN MEMUATKAN SEBARANG PENGUMUMAN DAN SETIAP AKTIVITI DAN SETIAP GERAK KERJA BALAI ISLAM DI DALAM BLOG INI. TIDAK DILUPAKAN, EDITOR AKAN MENERBITKAN TAZKIRAH PEMBERSIH JIWA KHAS UNTUK ANDA SEMUA. DIHARAPKAN ANDA GEMBIRA DAN SEBARANG KOMEN TERHADAP BLOG INI BOLEH HANTAR KEPADA bidayasari@gmail.com.

SESUNGGUHNYA, ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. OLEH ITU, PERKEMASKAN DIRI ANDA DENGAN ILMU AGAMA DAN SUNNATULLAH DARI ALLAH. OK..

MESSENGGER dot DAYASARI MENGUNDUR BUAT POST PERTAMA INI. DIHARAPKAN BERJUMPA LAGI.